Rabu, 20 Ogos 2014

Pengumuman Pemenang Peraduan #masukdramaseludup

Salam,

Huntongglaaa mereka ini berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip, Raja Ilya dan Jehan Miskin yang turut membintangi drama bersiri 13 episod ini selain bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.

Pada 16 Ogos yang lepas satu pengumuman dua pemenang peraduan #masukdramaseludup telah dibuat makanya pencarian bakat baru drama ‘Seludup’ telahpun berakhir. Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telahpun berjaya mengungguli pertandingan ini. Tuah ayam Nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahukan.
Dari kiri- Mohd Andika bin Abdul Halim, 25 dan Nur Afieqah binti Zulkarnain, 20

Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.

Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’ yang kini di dalam fasa kedua penggambarannya, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000. Wow!!! Lumayankan.

Menurut Jehan, Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’.  Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka.





Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair ulas Jehan lagi.


Best Best, kita tumpang gembira dengan kejayaan mereka ini. Mana tau jika ada rezeki mereka boleh jadi pelakon terkenal tanahair satu hari nanti.


Nak tahu lebih lanjut mengenai #Seludup dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup


Yang bakatnya adalah makan,